top of page

Profil Pemaju

Kontraktor binaan kami mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang binaan. Projek-projek memajukan negeri Terengganu telah kami jalankan semenjak tahun 2010 lagi. Projek kemajuan kami di Terengganu dikhususkan untuk pembinaan rumah siap, selari dengan objektif kerajaan yang menggalakkan kemajuan sebegini untuk memastikan keselamatan dan menjaga hak-hak pembeli.

Mewapuri Sdn. Bhd.

Mewapuri Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor binaan serta pemaju yang mejalankan projek-projek pembinaan rumah siap di sekitar kawasan Terengganu. Mewapuri telah membina dan menjual unit-unit semi-D dan banglo di sekitar kawasan Dungun sehingga Kemaman.

 

Syarikat Mewapuri merupakan satu usaha mewujudkan syarikat Bumiputera yang berdaya saing tinggi dalam industri pembinaan. Mewapuri ditubuhkan oleh usahawan-usahawan Bumiputera dengan kepakaran dalam bidang perniagaan, pembinaan, serta kejuruteraan.

 

Mewapuri merupakan kontraktor berdaftar dengan CIDB Malaysia.

Aedivine Avenue Sdn. Bhd.

Aedivine Avenue Sdn. Bhd. (AASB) merupakan syarikat kemajuan dan pelaburan hartanah di negeri Terengganu. AASB ditubuhkan untuk memajukan industri perumahan di negeri Terengganu melalui penambahan bilangan rumah mampu milik dan unit-unit rumah siap.

 

AASB merupakan syarikat Bumiputera yang berpengalaman dalam industri binaan, bukan sahaja dari segi perumahan, malah dari segi perkilangan dan juga penyediaan tenaga kerja mahir.

 

AASB telah lama menjalankan usahasama bersama Mewapuri bagi projek-projek perumahan dan binaan di negeri Terengganu.

Lebih 20 tahun pengalaman binaan

Kontraktor dan tenaga kerja kami mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang binaan. Mereka berkepakaran dalam semua bidang binaan dari tapak binaan, sehinggalah kepada kemasan dalam rumah.

 

Kontraktor-kontraktor dan pekerja kami berpengalaman dalam lukisan pelan, pembinaan struktur, kemasan dalaman, perpaipan, kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik, serta binaan dan penyediaan lanskap.

 

Kami melantik pekerja-pekerja yang pakar dalam bidang masing-masing, untuk memastikan pembinaan rumah anda sentiasa kemas dan teratur dari mula sehinggalah siap sepenuhnya.

Lebih 5 tahun membangunkan negeri Terengganu

Projek-projek perumahan yang kami jalankan telah mula dibina di negeri Terengganu sejak tahun 2010 lagi. Kami memahami keperluan setiap kawasan di negeri Terengganu dan berusaha membina perumahan yang sesuai dengan keperluan penduduk setempat.

 

Projek-projek perumahan kecil yang kami bina setakat ini meliputi perumahan jenis Semi-D dan Banglo. Unit-unit rumah ini telah pun selamat dibina dan dijual di sekitar kawasan Dungun sehinggalah Kemaman.

 

Objektif kami adalah untuk menambahkan bilangan rumah di Terengganu bagi memungkinkan kestabilan harga serta menyediakan rumah yang sesuai untuk keperluan penduduk setempat.

bottom of page